Sabtu, 14 Januari 2012

Pengenalan Desswett

PENGENALAN

Perniagaan dodol DESSWET  yang diusahakan oleh Pn Hjh Asiah bt Amat dan keluarga ini telah ditubuhkan pada tahun 2006.  Perniagaan ini berasaskan kepada pembuatan ini pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan.  Atas permintaan yang yang bertambah, ia telah menjadi satu perusahaan hingga ke hari ini.

Dodol DESSWETT  diproses dan dikilangkan di alamat 244-3 Taman Setiakawan, Bukit Piatu, 75150 Melaka.

Dodol DESSWETT adalah dodol Melaka asli, di mana resepinya adalah warisan turun temurun keluarga.  Bahan-bahan yang digunakan seperti santan kelapa, tepung pulut dan gula Melaka adalah dari bahan-bahan yang bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.

Kualiti dodol amat dititik beratkan oleh syarikat kami, supaya rasa keaslian dapat dikekalkan.  Terdapat tiga  persa dodol DESSWETT iaitu perasa asli, perasa kopi dan perasa durian.  Rasanya sungguh sedap dan lazat, sekali makan pasti hendak lagi.

Dodol DESSWETT kini menjadi kegemaran pelbagai bangsa dalam Malaysia dan luar negara.

Kami amat berterima kasih kerana mendapat banyak kerjasama dan khidmat nasihat seperti MARDI, FAMA, LPP, PKPKS, SIRIM, TEKUN, MECD dan RISDA.

Pembeli kami adalah seperti MARDI, FAMA, SIRIM, LPP, PKPKS dan PEMASARAN MELAKA.

Harapan kami adalah untuk memasarkan dodol DESSWETT ini ke pasaran global.

Latar Belakang Syarikat

                                                                                                                                  NAMA SYARIKAT                 :  D SWEET ENTERPRISE

NO. PENDAFTARAN             :  MA 0096956 – M

DITUBUHKAN                     :  2006

PENGALAMAN                    : 6 TAHUN

BUTIR-BUTIR
PEMILIK                          :  PN HJH ASIAH BT AMAT

NO. K/P                          :  470902-04-5264


ALAMAT SYARIKAT            :  244-3, TAMAN SETIAKAWAN,
                                          BUKIT PIATU,
                                          75150 MELAKA

TEL                                  :  019-2547227
                                          012-9348474
                                 

FAX                                  : 06-2881304

E-MEL                               : desswett 7@gmail.com

Objektif Syarikat




 D SWEET adalah  sebuah syarikat yang menghasilkan    produk makanan tradisional yang berkualiti, bersih dan halal dalam   mencapai  status syarikat  bumiputera yang   Berjaya dan Cemerlang.

Perancangan perniagaan ini bertujuan untuk menambah pendapatan usahawan di samping menjana ekonomi negeri dan negara.  Selain itu,dapat bersaing dan         berkerjasama dengan usahawan-usahawan IKS yang lain dalam pasaran glokal dan global.


Misi Dan Visi Syarikat


VISI


1. Menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan Satu Daerah Satu Industri daripada kaum bumiputera.
2. Menaikkan taraf ekonomi negeri Melaka dan peniaga  bumiputera.
3. Bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan   ekonomi negara.
4. Mencapai status ISO dan MSC bagi Industri Kecil dan     Sederhana, dalam menghasilkan produk makanan yang berkualiti dan bersih sepertimana memenuhi status HALAL.
5. Menjadikan produk makanan yang boleh dinikmati oleh   pelbagai kaum dan masyarakat setempat mahupun antarabangsa selaras dengan   Gagasan 1 Malaysia.

                                           

MISI




1. Mengeluar dan memasarkan produk makanan yang  berkhasiat dan   bersih serta halal secara besaran.
2. Mencapai matlamat untuk memasarkan produk makanan ke peringkat antarabangsa.
3. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan muda dan ibu tunggal serta melatih dan mewujudkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang urusniaga serta pembuatan kuih tradisional.
4. Membantu Kerajaan untuk mencapai matlamat dalam Rancangan   Malaysia ke  10/Rancangan Model Ekonomi Baru.
5. Sentiasa meningkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti  ke arah       matlamat mencapai negara maju.
 

Produk Keluaran Desswett