Sabtu, 14 Januari 2012

Pengenalan Desswett

PENGENALAN

Perniagaan dodol DESSWET  yang diusahakan oleh Pn Hjh Asiah bt Amat dan keluarga ini telah ditubuhkan pada tahun 2006.  Perniagaan ini berasaskan kepada pembuatan ini pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan.  Atas permintaan yang yang bertambah, ia telah menjadi satu perusahaan hingga ke hari ini.

Dodol DESSWETT  diproses dan dikilangkan di alamat 244-3 Taman Setiakawan, Bukit Piatu, 75150 Melaka.

Dodol DESSWETT adalah dodol Melaka asli, di mana resepinya adalah warisan turun temurun keluarga.  Bahan-bahan yang digunakan seperti santan kelapa, tepung pulut dan gula Melaka adalah dari bahan-bahan yang bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.

Kualiti dodol amat dititik beratkan oleh syarikat kami, supaya rasa keaslian dapat dikekalkan.  Terdapat tiga  persa dodol DESSWETT iaitu perasa asli, perasa kopi dan perasa durian.  Rasanya sungguh sedap dan lazat, sekali makan pasti hendak lagi.

Dodol DESSWETT kini menjadi kegemaran pelbagai bangsa dalam Malaysia dan luar negara.

Kami amat berterima kasih kerana mendapat banyak kerjasama dan khidmat nasihat seperti MARDI, FAMA, LPP, PKPKS, SIRIM, TEKUN, MECD dan RISDA.

Pembeli kami adalah seperti MARDI, FAMA, SIRIM, LPP, PKPKS dan PEMASARAN MELAKA.

Harapan kami adalah untuk memasarkan dodol DESSWETT ini ke pasaran global.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan